skdh1.zoom-a.com
SEKOLAH KEBANGSAAN DATO' HASHIM 1
skdh1@yahoo.com.my

| LAMAN UTAMA | KATA ALU-ALUAN | FALSAFAH PENDIDIKAN | MOTO | PIAGAM PELANGGAN | VISI & MISI | SEJARAH | DOA SEKOLAH | PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTERGRASI BERMASALAH PEMBELAJARAN |

PROGRAM INTEGRASI PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

PENDAHULUAN

Pendidikan peringkat rendah di Malaysia menitikberatkan perkembangan murid secara menyeluruh yang meliputi aspek-aspek intelek, rohani, jasmani, sosial, bakat, nilai-nilai moral, dan estetika. Setiap murid diberikan galakan dan bimbingan secukupnya untuk menguasai kemahiran asas yang kukuh. Bagi mencapai kemahiran tersebut, satu kaedah telah diperkenalkan. Kaedah tersebut adalah Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran.

DEFINISI

Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran merupakan kanak-kanak yang dikenalpasti dan disahkan oleh pakar klinikal sebagai mengalami kecacatan yang mengganggu proses pembelajaran.

Pendedahan dan kaedah stesen pula merupakan satu bentuk pengajaran dan pembelajaran yang dilengkapi dengan bahan sokongan yang efektif bagi pelajar yang berkeperluan khas melalui kaedah 'Hands On Experience'. Pendedahan ini memberi penekanan kepada pembelajaran mengikut tahap keupayaan, kecerdasan, kemahiran, kebolehan, minat serta peluang belajar menerusi pengetahuan sedia ada.

Masalah yang dialami boleh dikategorikan seperti berikut:

1) Kebolehan Kognitif

2) Perkembangan Sosial

3) Pertuturan

4) Membaca

5) Mengira

OBJEKTIF

  • Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan untuk murid dengan keperluan khas.
  • Menyediakan pendidikan yang sesuai dan releven kepada setiap murid dengan keperluan khas.
  • Menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi murid dengan keperluan khas.
  • Menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini.
  • Memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam bidang pendidikan khas.

PELAKSANAAN

Program Khas ini telah dilaksanakan ada 1 Januari 1992. Seramai 15 orang murid telah terpilih untuk menyertai program ini. Murid-murid telah dipilih dari sekolah-sekolah di sekitar Kota Bharu. Selepas itu, bilangan murid sentiasa bertambah dari masa ke semasa. Pada tahun ini, jumlah murid di Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Dato' Hashim 1 adalah seramai 45 orang.

MASA PERSEKOLAHAN DAN NISBAH GURU

Bermula pada pukul 7.40 pagi dan berakhir pada pukul 1.15 petang pada hari Ahad. Hari belajar bermula hari Isnin, Selasa & Khamis berakhir pada jam 12.45 tengah hari. Aktiviti Ko-Kurikulum akan dilaksanakan pada setiap hari Rabu bermula jam 12.45 tengah hari hingga 1.30 petang. Nisbah yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ialah seorang guru mengajar 6.5 orang murid dalam satu kelas.

TENAGA PENGAJAR

Kelas ini dikelolakan oleh guru-guru yang mendapat latihan khas dalam bidang ini.

DIBANGUNKAN OLEH: CIK ERNIE WIRDAYU BT. HJ. ABDUL SAMAD


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: